Sekiranya syarikat anda memerlukan pekerja untuk mengisi kekosongan jawatan bagi melicinkan perjalanan operasi syarikat, anda perlulah membuat odit perjawatan terlebih dahulu kemudian menyediakan waran perjawatan dan seterusnya membuat iklan pekerjaan.
Temuduga adalah satu proses yang dirancang keatas calon-calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan. Soalan yang di kemukakan adalah merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, kebolehan serta sikap yang diperlukan bagi memenuhi setiap perjawatan.
Pengurusan rekod pekerja adalah dokumen penting yang perlu diuruskan dengan sistematik bermula dari permohonan perjawatan, dokumen hasil temuduga, surat tawaran pekerjaan, rekod kehadiran, rekod gaji pekerja, KWSP dan Perkeso serta rekod cuti pekerja.
Bagaimanakah cara untuk menyediakan Analisis Pekerjaan (Job Analysis) Analisis Pekerjaan (Job Analysis) adalah satu template yang dirancang bagi mengenalpasti pengetahuan, kemahiran dan kebolehan pekerja bagi stiap perjawatan.
Deskripsi Tugas (JD) adalah satu proses yang dibentuk untuk setiap tugasan bagi sesuatu perjawatan.
Terma dan Syarat-Syarat Perkhidmatan adalah satu bentuk peraturan yang dibuat berdasarkan Akta Buroh 1955.
Prosedur tatakelakuan dan tatatertib adalah satu melanisma yang dibentuk bagi mengatasi masalah disiplin pekerja.
Bagi membina sebuah organisasi yang berjaya, syarikat anda perlu :-
a) Menentukan visi dan misi yang jelas serta menerangkan matlamat yang akan dicapai kepada setiap pekerja.
b) Menyediakan peralatan kerja yang mencukupi bagi memberi kesan kepada tingkah laku, persepsi dan produktiviti kerja.
c) Memberi ganjaran yang mencukupi seperti bonus, kenaikan pangkat serta lain-lain ganjaran yang patut di pertimbangkan bagi mengingatkan pekerja supaya bekerja lebih keras untuk memberi pulangan hasil yang baik kepada syarikat.
d) Menyediakan dan memberi borang penilaian prestasi (KPI) untuk setiap suku tahun bagi setiap pekerja bagi mendapatkan maklumbalas prestasi tugas dan tanggungjawab pekerja. Ianya dirancang untuk meningkatkan produktivti kerja pekerja.
Latihan adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kebolehan pekerja. Ianya juga dibentuk untuk menguruskan emosi dan mental ditempat kerja. Latihan perlu dirancang sepanjang tahun bagi meningkatkan prestasi dan produktiviti pekerja.
Team building adalah satu mekanisma bagi mengatasi permasalahan vampire emosi yang memberi kesan langsung kepada produktiviti, kurang berprestasi bagi setiap pekerja. Syarikat anda perlulah merancang untuk mengadakan Program Team building bagi mengatasi masalah komunikasi, semangat kerja berpasukan, masalah kepimpinan disamping menyediakan persekitaran tempat kerja yang sihat dan harmoni.
Pihak kami tidak menetapkan sebarang jumlah pembelian kepada pelanggan.
Pihak kami mengenakan caj servis sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan sebutharga meliputi harga produk, kos penghantaran dari pembekal ke gudang di China ( jika ada ) dan kos penghantaran dari gudang ke Malaysia.
Pihak kami akan mencadangkan jenis pengangkutan yang sesuai manakala penentuan jenis pengangkutan akan dibuat oleh pelanggan sendiri.
Semua urusan pembayaran kepada pembekal akan diuruskan oleh pihak kami. Pelanggan perlu membuat pembayaran kepada pihak kami mengikut fasa pembayaran yang ditetapkan dalam sebutharga.
Bergantung kepada jenis barang yang dibeli samada "ready stock, customade atau rebranding".
Tempoh penerimaan barang selepas urusan penghantaran dari gudang di China diproses adalah seperti berikut :-
a) Pengangkutan Udara - Anggaran tempoh dalam 1 - 2 minggu.
b) Pengangkutan Kapal Laut - Anggaran tempoh dalam 3 - 6 minggu.
Walau bagaimanapun, tempoh penerimaan barang ini bergantung kepada pemeriksaan kastam dan syarikat kurier.
Hakcipta Terpelihara 2023 Di Bawah Anqiara Enterprise